CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta
padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh
kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan
& Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut
aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya
kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami
ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah,
berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati
zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih
yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan
menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau
mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di
depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk
menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan
syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu
menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan
menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian
hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah
penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan
membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali
Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua
berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang
belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu
kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali
dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu
setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang
akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi
dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya
hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga
kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and
sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a
few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai
kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia
telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)